Youtube, Facebook, Hulu kena blocked di? Tidak lagi dengan adanya Coccoon add-on firefox yang boleh meningkatkan sekuriti pelayaran internet, melindungi privasi anda di internet dan juga membolehkan anda bypass website yang kena blocked di Internet.
Install Coccoon untuk Firefox
1. Coccoon ialah add-on untuk Firefox sahaja. Pengguna Chrome boleh pergi main jauh-jauh (LOL)
2. Compatible untuk Firefox 3.6-5.0 sahaja. Nightly dan Aurora tak disupport lagi buat masa sekarang.
3. Register akaun percuma di Cocoon.com. Selepas itu sila verify akaun anda dalam email.
4. Install add-on Coccoon di Firefox anda, kemudian restart.
5. Selepas itu tekan pada toolbar Cocoon dan kemudian login dengan username dan password anda.
6. Selepas Cocoon siap disambungkan, cuba buka website yang kena block tengok berjaya lepas atau tidak.
7. Menonton Hulu kini lebih mudah dan pantas tanpa perlu proxy atau US VPN yang berbayar. Hanya connect coccoon dan anda boleh menonton ribuan US series secara percuma diHulu.com.
8. Coccoon juga membolehkan anda terselamat dari cookies tracking dan juga serangan malware dan viruses. Tiada lagi popup haram dan malware keji yang akan serang anda.
9. Secara teorinya Cocoon boleh bypass website yang kena blocked di universiti, sekolah dan mana-mana lagi.
10. Katakan Cocoon gagal berfungsi, sila cuba VPN sepertiTunnelbear dan Hostizzle. Coccoon dikatakan mempunyai teknologi privasi yang direka oleh pihak military US jadi kita boleh percaya pada tahap security mereka.
11. Kalau anda biasa guna Usejump atau Hotspot Shield, saya cadangkan cuba guna Coccoon pula.